My Prince Charming

 
 
 

Ceritera kisah cinta ku bermula ngan Prince Hakim bagaikan Drama Melayu~

Hinggakan tak tercerita rasanyer~
Tapi rasa bersyukur tak terhingga kerana dipertemukan jodoh yg sempurna buat diri ini.
Seorang yang penyabar, pemalu, hormat keluarga dan org tua dan yg penting dapat membimbing aku menjadi wanita lebih lemah lembut..insyallah menjadi solehah.

Setelah ditimpa dugaan seperti tsunami, hati ini terbuka untuk menerima Prince Hakim untuk mencintai diri ini, kesungguhan dan keikhlasan dia yang buat diri ini terpaut.
Seperti yang dia selalu ingatkan, dah hampir 20tahun dia menanti..
Dari umur 9 tahun kami berkenalan, ala2 cinta monyet kanak2 sekolah..apalah tau masa ketika tu.

Dia tidak putus asa untuk terus dan terus memerhatikan ku dari jauh~
Padahal diri sendiri, entah kenapa tidak memerhatikan insan yg ikhlas dan sangat2 menyayangi diri ini~Karma kehidupan dah tertulis..Diri ini perlu melalui satu bulatan kehidupan yang pedih dahulu baru menjumpai erti bahagia.

Setelah diri ini terputus di tengah jalan, kisah X-Files pun ditutup. Prince Hakim membuang rasa pemalu dan akhirnya terus terang yang selama ini hanya namaku di hati dia. Masyallah, ada lg lelaki yang sanggup mencintai diri ini sedasyat dia. Siapa yang tak terharu tak tahu larr.

Tarikh 25/8/2012 bersamaan 7 Syawal, termeterai lah janji dua keluarga dengan rombongan meminang dari keluarga Prince Hakim
Sederhana dan mesra gtu kami sekeluarga, bagaikan dah lama berkenalan. Al Maklumlah sekampung..Batu Pahat Johor


Saya kepilkan sedikit dari majlis meminang dan merisik :)



Carrot Cake from Secret Recipe


Malu2 time menyarung cincin


 Senyum Sokmo :)

Gift from me to him :)

Tarikh termeterai adalah pada 30/03/2013..Doakan kebahagian saya kali nie..
Jodoh Ajal Maut....semua sudah tertulis di Luh Mahfuz-Nya...
Amin yarabalamin







No comments:

Post a Comment